
HALATUJU PENGAJIAN
HALATUJU PELAJAR SELEPAS HAFAZ QURAN (AL HAFIZ)
Berdasarkan pengalaman yang telah di lalui, masih ada Madrasatul Quran di Malaysia ini yang masih melahirkan penghafaz-penghafaz Al - Quran yang apabila mereka telah tamat dan menjadi seorang hafiz tetapi tidak memiliki pelajaran akademik seperti SPM. Mereka hanya ada sijil syahadah sahaja.
Dengan sijil syahadah ini tanpa SPM , mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Maka peluang untuk mereka seakan tertutup begitu sahaja. mereka hanya boleh menjadi imam di surau ketika bulan ramadhan.
Sedangkan mereka ini adalah bijak dan cerdik, hanya peluang untuk melanjutkan pelajaran tiada kerana kekurangan SPM. Maka berdasarkan pengalaman yang ada, ibu bapa yang ingin menghantar anak menghafal Al-Quran ketempat yang tiada menyediakan pendidikan akademik, mesti tahu bahwa untuk menduduki SPM, syarat memilki PT3 tidak wajib. Pelajar boleh mengambil SPM terus, dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia beserta dokumen dan Sijil Syahadah.
Apabila telah diluluskan dan dibenarkan mengambil SPM, mereka yang cerdik dan terang hati ini, hanya perlu diberi peluang untuk belajar akademik ia itu pelalaran tingkatan 1 hingga 5 selama 2 tahun dengan bimbingan. InsyaAllah mereka boleh dan mampu mendapat keputusan yang cemerlang setanding pelajar yang belajar sepenuhnya dari tingkatan 1 hingga 5 disekolah harian biasa tanpa ada hafalan quran.
Maka bila mereka ada sijil SPM, mereka boleh memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara dengan mudah. Peluang mereka yang hafaz quran ini lebih luas terbuka untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Di sini ibu bapa perlu tahu perjalanan dan syarat sistem pendidikan di Malaysia.