
Sekapur Sirih

بسم الله الرØمن الرØÙŠ
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
​
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya In Syaa Allah dapat kita melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun ini dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.
Untuk muncul sebagai sebuah maahad yang cemerlang, seluruh warga Maahad Tahfiz Wattalaqqi (MTT) mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama yang dituntut dalam ISLAM. Kerja kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah pendidikan berteraskan penekanan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga dengan usaha yang murni ini In Syaa Allah MTT dapat melahirkan para pelajar yang Hafiz Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kampung Lubuk Merbau (Lokasi) pernah melahirkan ulamak terkenal seperti Tuan Guru Idris Al-Marbawi khasnya menjadi kebangaan bagi warga Lubuk Merbau dan amnya Kuala Kangsar serta negara.
​
Justeru itu, semua para tenaga pengajar / ustaz / ustazah / warga pentadbiran seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.
Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua warga maahad ini, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Terbilang".
Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan Laman Web Rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua warga MTT dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan laman rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.
Selamat Maju Jaya.
Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
"CERDAS CERIA BERTAQWA"
Salam hormat dari saya,
​
USTAZ HAMMAM BISHRON BIN KHALID
Mudir,
Maahad Tahfiz Wattalaqqi Al-Marbawi