
Sejarah Penubuhan MTT

PENGENALAN
Latar Belakang dan Sejarah
​
Bermula dari hasrat untuk mendidik anak-anak Islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Ustaz Khalid Bin Abdul Rahman telah mengembling usaha yang tidak putus-putus untuk menubuhkan sebuah gedung ilmu yang bersandarkan kepada kedua-duanya. Dengan bantuan danlimpahan sokongan secara kolektif dari beberapa individu yang lain pada tahun 1991, tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah. Permulaan awalnya Madrasah ini menghadapi beberapa masalah seperti kemudahan-kemudahan yang kurang sempurna, tenaga pengajar yang tidak mencukupi, kesukaran untuk mendapatkan capital untuk operasi dan sebagainya. Namun dengan izinnya segalanya dapat diatasi.
​
Sambutan amatlah menggalakkan baik dari masyarakat setempat mahupun dari masyarakat luar. Berdasarkan kepada faktor ini pihak madrasah telah bersetuju untuk melanjutkan skim pendidikan kepada pendidikan menengah yang kemudiannya dikenali sebagai Maahad Al-Ulum Assyar’iah Wal-Quraniah seterusnya digantikan dengan
Maahad Tahfiz Wattalaqqi.
​
Lokasi
​
Kawasan yang menjadi pilihan bagi Maahad ialah di Kampung Tersusun Lubok Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor diantaranya : -
-
Suasana sekeliling yang memberangsangkan untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran,
-
Faktor berhampiran dengan pusat bandar dan juga merupakan Bandar Diraja, Kuala Kangsar,
-
Kemudahan akses keluar masuk dan lain-lain kemudahan awam,
-
Menjadi alternative kepada suasana pendidikan kepada masyarakat yang berdekatan,
-
Kecenderungan dan sambutan dari masyarakat setempat untuk memilih suasana pendidikan yang dibawa oleh pihak Madrasah.
PIAGAM
​
Bahawasanya kami warga Maahad Tahfiz Wattalaqqi dengan penuh tekad dan iltizam
melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :
-
Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
-
Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam melahirkan huffaz yang cemerlang.
-
Memberikan bimbingan dan didikan dengan ilmu dunia dan akhirat kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan dan bertaqwa.
-
Mewujudkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa supaya mereka sentiasa tahu mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
-
Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi sekolah dengan cepat :
a. Pendaftaran pelajar.
b. Laporan prestasi pelajar.
c. Borang pertukaran pelajar.
d. Mengeluarkan resit rasmi pembayaran yuran asrama dan lain-lain.
e. Disiplin pelajar.
Objektif Penubuhan
Sesusai dengan dasar penubuhannya, Maahad Tahfiz Wattalaqqi membawa beberapa objektif dan matlamat :-
-
Melahirkan huffaz yang professional dan berilmu serta mendalami ilmu-ilmu dakwah semasa.
-
Melahirkan generasi yang celik Al-Quran seterusnya dapat membimbing masyarakat demi agama Islam tercinta.
-
Mewujudkan satu institusi pengajian Agama yang lengkap bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith,
-
Mewujudkan generasi yang berilmu dan berakhlak selari dengan panduan Al-Quran dan Al-Hadith,
-
Mewujudkan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada penduduk setempat.
-
Struktur Pentadbiran dan Organisasi Pentadbiran yang cekap dan efisien memerlukan struktur yang mudah tetapi berkesan bagi melancarkan segala perancangan-perancangan dan program-program. Juga harus diambil kira seperti faktor ketelusan pentadbiran dan pengagihan kerja. Malahan dalam konteks institusi ini sebagai satu institusi yang menitik beratkan pengajian Islam, faktor-faktor siasah dan penampilan diri juga dipertimbangkan agar ianya bersesuaian dengan imej yang dibawa.