


PROFIL PENGASAS
TUAN GURU HAJI KHALID BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh Lahir : 1942
Tempat Lahir : Kg Jelapang, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.
Pengajian (di Malaysia) :
-
(1948-1955) Sekolah Melayu Lubuk Merbau.
-
(1956-1960) Madrasah Nurul Kamaliah Kati.
-
(1961-1964) Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.
-
(1965-1968) Pondok Bunut Payung Kelantan.
-
(1965-1968) Madrasah Ma’unah Kota Bharu Kelantan.
-
(1968-1969) Maktab Perguruan Islam Ya`kubiah Kelantan.
-
(1969-1975) Al-Markaz Al-islam Al-Aliah Nilam Puri Kelanta.
Pengajian (di Mesir)bermula 1975 - 1977 :
-
Universiti Al-Azhar.
-
Talaqqi di Masjid Al-Azhar.
-
Talaqqi di rumah beberapa orang tuan guru.
Antara Guru-guru Beliau :
-
Sheikh Azhar Muhammad Sayyid Tontowi.
-
Sheikh Sulaiman Ramadhan Al-Buty.
-
Sheikh Muhammad Idris Bin Haji Abdul Rauf Al-Marbaw.
-
Sheikh Zubair Idrisiah.
-
Sheikh Muhsin Al- Markaz Al-Islam.
-
Sheikh Abdul Fattah Badran Al-Markaz Al-Islam.
-
Dr Husin Azmi Al-Markaz Al-Islam.
-
Ustaz Dato' Hj. Mohamad Daud Al-Iraqi.
-
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nikmat.
-
Tuan Guru Husin Rahimi (parlimen).
-
Tuan Guru Hj Faqeh Soleh Al-Indonesia.
-
Tuan Guru Hj Ahmad Sg. Petai.
-
Tuan Guru Hj Mat Saman Kati.
-
Tuan guru Hj Yusuf Chandan.
-
dan lain-lain. Rahimahumullah.
Aktiviti Yang Terlibat :
-
Persatuan Republik Arab Mesir.
-
Persatuan Ulamak Parti Islam Se Malaysia. Persatuan Ulamak Malaysia.
-
Persatuan Ulamak Malaysia.
Kegiatan Ilmiah Dan Kemasyarakatan :
-
Menubuh dan mengasas Maahad Tahfiz Wattalaqqi pada tahun 1991.
-
Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di Perak.
Isteri :
-
Siti Eshah Binti Mamat.
Anak-anak (13 orang) :
1. Khairul Ghulam Bin Khalid.
2. Khairiah Binti Khalid.
3. Khairul Amri Bin Khalid.
4. Khairul Faizin Bin Khalid.
5. Mohd Aasim Bin Khalid.
6. Munirah Binti Khalid.
7. Mohd Fakhruddin Bin Khalid.
8. Hammam Bishron Bin Khalid.
9. Sakinatun Naja Binti Khalid.
10. Ahmad Shazwan Bin Khalid.
11. Hishmah Zulfa Binti Khalid.
12. Sayedah Nafisah Binti Khalid.
13. Zulhusnayaini Bin Khalid.
Qalam Pengasas
بسم الله الرØمن الرØÙŠ
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi hafazan al-quran, sahsiah dan kokurikulum.
​
Saya mengucapkan tahniah kepada editor yang telah menghasilkan laman web yang menjadi panduan kepada warga maahad serta umum untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada tahun ini. Kini peranan guru (ustaz / ustazah) sebagai agen perubahan dan penjana modal insan memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi . Sebagai warga pendidik adalah menjadi harapan dan impian untuk memartabatkan bidang pendidikan agar pembaharuan dan perubahan yang sesuai dengan tuntutan semasa untuk mentransformasikan negara maju teras al-quran sebagai panduan hidup dapat dicapai.
​
Harapan saya pada tahun ini agar semua warga maahad ini, dapat memupuk budaya ketepatan masa dan berprestesi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap dan berfikir positif-Celik Al-Quran.Saya berharap dalam era globalisasi ini, kita dapat melaksanakan prinsip kerja untuk memaksimumkan impak dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang berteraskan pengetahuan , latihan , usaha dan semangat berpasukan . Saya berharap ustaz/ustazah dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam kerangka nilai, piagam, wawasan, matlamat dan objektif yang disepakati bersama .
​
Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik lagi beriman. Jadi guru mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.Akhir sekali saya berharap semua warga maahad ini dapat melaksanakan program yang dirancang dengan lebih hebat berbanding tahun 2014. Pastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat supaya Maahad Tahfiz Wattalaqqi dapat meraih kecemerlangan dalam bidang akademik (al-quran) dan sahsiah di samping dapat melahirkan insan kamil dalam kalangan generasi pelajar Maahad Tahfiz Wattalaqqi.
​
Saya yang benar,
​
TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL RAHMAN
TUAN GURU MTT