top of page

PROFIL SEKOLAH

 

MAAHAD TAHFIZ WATTALAQQI

​

PROFIL SEKOLAH

​

VISI MTT

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

​

MISI MTT

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

​

VISI  SEKOLAH

Maahad Tahfiz Wattalaqqi Cemerlang Tahun 2017.

 

MISI SEKOLAH

Mendidik pelajar dengan ilmu sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah serta Falsafah Pendidikan Negara, bagi melahirkan pelajar bertaqwa.

 

PIAGAM

  1. Bahawasanya kami warga Maahad Tahfiz Wattalaqqi dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan :

  2. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam PBS serta mencapai keputusan peperiksaan PMR,SPM, dan STAM/ I`dadi, Thanawi yang cemerlang.

  3. Memberikan bimbingan dan didikan dengan ilmu dunia dan akhirat kepada pelajar bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berketerampilan dan bertaqwa.

  4. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan ibubapa supaya mereka sentiasa tahu mengenai perkembangan dan kemajuan anak merekadari semasa ke semasa.

  5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi sekolah dengan cepat 

         a. Pendaftaran pelajar.

         b. Laporan prestasi pelajar.

         c. Borang pertukaran pelajar.

         d. Mengeluarkan resit rasmi pembayaran yuran asrama dan lain-lain.

         e. Disiplin pelajar.

 

SLOGAN SEKOLAH

Berilmu, Beriman, dan Beramal

 

LATAR BELAKANG SEKOLAH

 

PENGENALAN

​

Latar Belakang dan Sejarah.

​

Bermula dari hasrat untuk mendidik  anak-anak Islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Ustaz Hj. Khalid bin Abdul Rahman telah menggembeling usaha yang tidak putus-putus untuk menubuhkan sebuah gedung ilmu bersandarkan kedua-duanya. 

​

Dengan izin Allah dan bantuan secara kolektif dari beberapa individu pada tahun 1991 tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah.Setelah perkembangan yang baik dan sambutan yang menggalakkan pihak madrasah telah bersetuju untuk melanjutkan skim pendidikan daripada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) kepada pendidikan menengah, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang yang kemudiannya dikenali sebagai Maahad Tahfiz Wattalaqqi untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

​

Bagi menampung dan mengimbau kembali ilmu yang kian ditinggalkan, pihak Maahad sekali lagi menambah mutu pendidikan dengan mewujudkan sistem pengajian yang menumpukan ke arah pengajian Bahasa Arab dan Tahfiz Al-Quran sepenuh masa.

​

Oleh yang demikian maka lahirlah Maahad Tahfiz Wattalaqqi didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk / SMAR / K.K / 98.00 dan beroperasi di Kampung Tersusun Lubok Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak.

 

Lokasi

Kawasan yang menjadi pilihan bagi Maahad ialahdi Kampung Tersusun Lubok Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Lokasi ini dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor diantaranya : -

 

  • Suasana sekeliling yang memberangsangkan untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran,

  • Faktor berhampiran dengan pusat bandar dan juga merupakan Bandar Diraja, KualaKangsar,

  • Kemudahan akses keluar masuk dan lain-lain kemudahan awam,

  • Menjadi alternative kepada suasana pendidikan kepada masyarakat yang berdekatan,

  • Kecenderungandan sambutan dari masyarakat setempat untuk memilih suasana pendidikan yang dibawa oleh pihak Madrasah.

 

Selaras dengan perkembangan yang memberangsangkan, pihak maahad telah menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal diluar Kuala Kangsar.

 

Objektif Penubuhan

Sesusai dengan dasar penubuhannya, Maahad Tahfiz Wattalaqqi membawa beberapa objektif dan matlamat :-

  • Mewujudkansatu institusi pengajian Agama yang lengkap bersandarkan kepada Al-Quran danAl-Hadith,

  • Mewujudkan generasi yang berilmu dan berakhlak selari dengan panduan Al-Quran dan Al-Hadith,

  • Mewujudkan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada penduduk setempat.

  • Struktur Pentadbiran dan Organisas.

 

Pentadbiran yang cekap dan efisien memerlukan struktur yang mudah tetapi berkesan bagi melancarkan segala perancangan-perancangan dan program-program. Juga harus diambil kira seperti faktor ketelusan pentadbiran dan pengagihan kerja. Malahan dalam konteks institusi ini sebagai satu institusi yang menitik beratkan pengajian Islam,faktor-faktor siasah dan penampilan diri juga dipertimbangkan agar ianya bersesuaian dengan imej yang dibawa.

 

Struktur pentadbiran bagi Maahad ini disamping struktur pentadbiran yang vertikal yang lebih konvensional, struktur pentadbiran horizontal juga diadaptasikan berdasarkan sifat dinamiknya.

 

Tenaga Pengajar

Jatuh bangunnya sesebuah institusi pendidikan banyak bergantung kepada kualiti tenaga pengajar yang ada. Diantara prasyarat untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang mampu mendidik dengan baik ialah latar belakang pendidikan yang bersesuaian, disamping lain-lain ciri seperti penampilan, budi bicara dan lain-lain lagi. Tugas seseorang tenaga pengajar bukan hanyalah sebagai seorang pendidik tetapi juga merangkumi sebagai seorang sahabat yang baik. Kadangkala sebagai pemegang amanah ibu bapa pelajar. Seboleh-bolehnya hendaklah tiada jurang yang besar diantara pengajar dan penuntut. Tambahan pula para pelajar terdiri dari golongan remaja iaitu masa pembentukan identiti, mental dan spiritual.

Menyedari hakikat ini pihak maahad membuat beberapa saringan sebelum memilih tenaga pengajarnya.

 

PENGETUA SEKOLAH

​

NAMA SEKOLAH :

MAAHAD TAHFIZ WATTALAQQI

COGAN KATA “AL-QURAN PANDUAN HIDUP“

Zoho Creator Database Tasmik: Sign In

Donate with PayPal

Zoho Creator Database Pelajar: Sign In

Zoho Docs Database Pelajar: Sign In

@ Sign In : Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon

@2016.maahadtahfizwattalqqi.al-marbawi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.perak

bottom of page