top of page
Donate with PayPal

Kesusahan Dan Keperitan MTT

        MEMILIH untuk belajar di sekolah tahfiz kini semakin menjadi pilihan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka menghafal al-Quran dengan cara yang lebih terancang. Tidak terkecuali, pilihan itu adakalanya keputusan pelajar sendiri kerana lebih cenderung kepada pengajian agama secara total. 
   Namun tidak ramai yang tahu sebenarnya pelbagai kesusahan dan keperitan terpaksa dilalui pengurusan sekolah tahfiz ini terutamanya sekolah persendirian untuk mencari sumber kewangan. Dengan hanya mengharapkan sumbangan derma dan sedekah daripada pihak tertentu dan orang awam, pengurusan sekolah tahfiz perlu tahu untuk berjimat cermat bagi memastikan survival mereka menjulang fisabilillah ini berkesinambungan. 
   Dalam usaha untuk tidak terlalu bergantung kepada sumbangan derma semata-mata, ada sesetengah pengurusan sekolah tahfiz menggunakan pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan seperti menganjurkan kem hafazan Quran pada musim cuti persekolahan, penjualan takwim mahupun buku-buku agama dan tidak ketinggalan mengutip derma di tempat awam. 
    Bagaimanapun, pelbagai isu juga wujud berikutan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama sekolah tahfiz untu kegiatan mengutip derma demi kepentingan sendiri. Bak kata pepatah, 'kerana kerbau seekor membawa lumpur, habis satu kandung terpalit'. Situasi ini menjejaskan usaha dan mengehadkan 'rezeki' pengurusan sekolah tahfiz yang benar-benar ikhlas mahu memartabatkan pendidikan Islam mendapatkan sumber kewangan. 
      Pengurusan sekolah tahfiz bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai operasi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam usaha melahirkan hafiz dan hafizah al-Quran selain kisah kejayaan bekas pelajar pusat tahfiz ini.

Pertanyaan / Kemuskilan sila pihak Pengurusan

Zoho Creator Database Tasmik: Sign In

Donate with PayPal

Zoho Creator Database Pelajar: Sign In

Zoho Docs Database Pelajar: Sign In

@ Sign In : Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon

@2016.maahadtahfizwattalqqi.al-marbawi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.perak

bottom of page